Features & Capabilities

Aplikasi Ibu Sihat dibangunkan untuk tujuan penyelidikan bagi menentukan keberkesanan program gaya hidup berasaskan laman web/telefon pintar dalam mengoptimalkan peningkatan berat badan semasa kehamilan untuk mencegah kejadian diabetes semasa kehamilan. Antara fungsi utama aplikasi ini adalah pemantauan peningkatan berat badan semasa kehamilan, pengambilan diet, pendidikan kesihatan dan pemakanan semasa kehamilan serta pengumpulan data setiap trimester kehamilan.

Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan

Mengetahui saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan serta menjejaki kadar peningkatan berat badan setiap minggu dan jumlah peningkatan berat badan sepanjang kehamilan. Kadar peningkatan berat badan mingguan akan dipaparkan dalam graf yang disediakan mengikut Indeks Jisim Tubuh (IJT) / sebelum kehamilan untuk memastikan peningkatan berat badan semasa kehamilan mengikut seperti yang disarankan.

Pengambilan Diet

Mempunyai 2 fungsi utama iaitu mengetahui saranan diet dan pemantauan diet. Saranan diet membolehkan ibu hamil untuk menentukan saranan pengambilan tenaga dan bilangan hidangan setiap kumpulan makanan harian. Perbandingan diet membantu ibu untuk melakukan perbandingan pengambilan tenaga dan bilangan kumpulan makanan harian yang diambil dengan saranan yang ditetapkan.

Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan

Merangkumi 4 topik utama seperti Peningkatan Berat Badan, Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Psikososial semasa kehamilan. Ianya disampaikan dalam format artikel, infografik dan video. Ibu boleh melakukan perubahan tingkahlaku yang mendorong kepada peningkatan berat badan semasa kehamilan yang optimum dan seterusnya kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengumpulan Data

Merangkumi 5 soal selidik seperti sosiodemografi, obstetrik, soal selidik Trimester 1, soal selidik Trimester 2 dan soal selidik Trimester 3.

User Growth & Download Statistics

App
By:
Duoz Technology Solutions
Rating:
3.70
(3)
Version:
1.0.5 Last updated: 2024-06-20
Version code:
863170380
Creation date:
2023-02-10
Compatible devices:
Size:
62.24MB
URLs:
Privacy policy
Full description:
See detailed description
Source:
Apple Apps Store
Data ingested on:
2026-06-10
Compare stats and ranking:

Contact the developer

Chrome-Stats does not own this Apple app. Please use these information below to contact the Apple app developer.
Developed by:
Duoz Technology Solutions
Apple Apps Store
https://apps.apple.com/my/app/ibu-sihat/id1635386245

Best Ibu Sihat Alternatives

Here are some Apple apps that are similar to Ibu Sihat: