# Ibu Sihat

> Health & Fitness

Canonical page: [https://chrome-stats.com/d/id1635386245](https://chrome-stats.com/d/id1635386245)

## Overview

- **ID:** `id1635386245`
- **Platform:** Apple
- **Type:** Apple app
- **Status:** Removed
- **Publisher:** Duoz Technology Solutions
- **Category:** Health & Fitness
- **Rating:** 3.70 / 5 (3 ratings)
- **Version:** 1.0.5
- **Last updated:** 2024-06-20
- **First published:** 2023-02-10
- **Size:** 62 MB
- **Data as of:** 2026-08-04
- **Store listing:** [Apple App Store](https://apps.apple.com/my/app/ibu-sihat/id1635386245)
- **Privacy policy:** [https://duoz.my/hne/privacypolicy/](https://duoz.my/hne/privacypolicy/)

## Description

Aplikasi   Ibu   Sihat   dibangunkan   untuk   tujuan   penyelidikan   bagi   menentukan   keberkesanan   program   gaya  hidup
berasaskan laman web/telefon pintar dalam mengoptimalkan peningkatan berat badan semasa kehamilan untuk
mencegah kejadian diabetes semasa kehamilan. Antara fungsi utama aplikasi ini adalah pemantauan peningkatan
berat badan semasa kehamilan, pengambilan diet, pendidikan kesihatan dan pemakanan semasa kehamilan serta
pengumpulan data setiap trimester kehamilan.

Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan

Mengetahui saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan serta menjejaki kadar peningkatan berat badan
setiap   minggu   dan   jumlah   peningkatan   berat   badan   sepanjang   kehamilan.   Kadar   peningkatan   berat   badan
mingguan akan dipaparkan dalam graf yang disediakan mengikut  Indeks Jisim Tubuh (IJT) / sebelum kehamilan
untuk memastikan peningkatan berat badan semasa kehamilan mengikut seperti yang disarankan.

Pengambilan Diet

Mempunyai 2 fungsi utama iaitu mengetahui saranan diet dan pemantauan diet. Saranan diet membolehkan ibu
hamil untuk menentukan saranan pengambilan tenaga dan bilangan hidangan setiap kumpulan makanan harian.
Perbandingan   diet   membantu   ibu   untuk   melakukan   perbandingan   pengambilan   tenaga   dan   bilangan   kumpulan
makanan harian yang diambil dengan saranan yang ditetapkan. 

Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan

Merangkumi 4 topik utama seperti Peningkatan Berat Badan, Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Psikososial
semasa kehamilan. Ianya disampaikan dalam format artikel, infografik dan video. Ibu boleh melakukan perubahan
tingkahlaku yang mendorong kepada peningkatan berat badan semasa kehamilan yang optimum dan seterusnya
kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengumpulan Data

Merangkumi 5 soal selidik seperti sosiodemografi, obstetrik, soal selidik Trimester 1, soal selidik Trimester 2 dan
soal selidik Trimester 3.

## Similar extensions and apps

- [Diary Bunda](https://chrome-stats.com/d/id1510275433)
- [Hallo GBS](https://chrome-stats.com/d/id6751790094) — 5.00 / 5
- [Happy Baby, Healthy Mom](https://chrome-stats.com/d/id1268709750)
- [Obesitylab](https://chrome-stats.com/d/id6761603502) — 5.00 / 5
- [Teman Bumil - Kehamilan & Anak](https://chrome-stats.com/d/id1298915495) — 5.00 / 5
- [Momifit](https://chrome-stats.com/d/id6744795832)
- [KaderKu - Cek Pertumbuhan Anak](https://chrome-stats.com/d/id6753933800)
- [Balmed Indonesia](https://chrome-stats.com/d/id6445871110)
- [Baby Yourself](https://chrome-stats.com/d/id1558880650) — 4.90 / 5
- [KitaCare](https://chrome-stats.com/d/id1634620671) — 3.50 / 5
- [Tentang Anak: Kehamilan & Anak](https://chrome-stats.com/d/id1595143441) — 5.00 / 5
- [AI4MOMs](https://chrome-stats.com/d/id6756488254) — 3.00 / 5

---

Source: [Chrome-Stats](https://chrome-stats.com/d/id1635386245)
